Salam kepada semua pembaca.
Buih?.Apa itu buih?.Buih ialah adalah Koloid dengan fase
terdisperasi gas dan medium pendisperasi zat cair atau zat padat.Berdasarkan
medium penisperasinya, buih dikelompokkan menjadi dua iaitu buih cair dan buih
padat.
![]() |
| buih oh buih |
Ayuh saya ceritakan pengalaman saya bersama
buih.Saya dan keluarga pergi bercuti ke Tiara Beach Resolt.Ketika sedang mandi
manda di sebuah kolam bersama adik-adik saya sambil mencuci mata melihat
pelbagai aksi masyarakat sekeliling.Ada yang mandi sambil berpelukan di
khalayak ramai,ada yang cuba-cuba belajar berenang,ada yang cuba menarik
perhatian dengan berbikini sahaja,menyebabkan mata-mata ini seolah-olah dipukau
dek melihat keindahan ciptaan Allah itu.
Selepas puas mandi manda,saya berehat sebentar di
tebing kolam sambil mengenakan kitkat,apa orang kata,berehat sebentar bersama
kitkat ah gitu.Sambil itu saya perhatikan ada seorang pakcik ni,dalam
lingkungan 40 an tercegat lama di dalam kolam,tanpa melakukan pergerakan.Ialah
biasanya apabila berada di dalam kolam,kita akan cuba pelbagai aksi.Tetapi
pakcik ini,betul-betul mencurigakan.Tiba-tiba saya sedari ada banyak buih
timbul di sekelilingnya.Saya betul-betul terkejut,pelbagai tanggapan yang
bermain di minda saya.
Saya cuba untuk
berfikiran positif dengan mempraktikan ilmu yang telah saya pelajari semasa di
tingkatan lima,segala principle dan law seperti Boys law dan Archimedes
principle, saya berandaian barangkali ada tekanan udara di dalam air yang
menyebabkan begitu banyak buih muncul disekeliling pakcik itu.Tapi itu semua
macam tidak masuk akal.Ok la,kalau kamu la,saya tanya kamu.Ape yang kamu
andaikan?.Tidak lain dan tidak bukan mesti kamu andaikan yang pakcik itu
barangkali terkincit atau membuang air kecil atau yang lain-lain.Begitu juga
saya,saya andaikan yang pakcik itu terkincit.Lantas dengan itu saya memanggil
adik saya.
“jan,cuba kau tengok
pakcik tu.yang ada pulau kat kepala dia tu.
“ha,kenapa?.
“cube kau tengok
betul-betul kat sekeliling dia,ada banyak buih kan.Mesti pakcik tu kincit tu
tak pun kencing tu.Apela pakcik tu,tandas punyala dekat boleh pulak dia melepas
kat sini
Seperti yang saya jangkakan,maka keluarlah bunyi jijik
seperti `euuuwww’ dan `uuwwweeeekkk’
dari mulut adik saya.
Saya dengan perasaan tidak puas hati meninggalkan
kolam tersebut sambil mulut berzikirkan subhanallah.subhanallah.subhanallah.
Tiba-tiba adik saya memanggil saya kembali.
`bang,cube kau tengok betul-betul dulu,jangan main
tuduh je.kau tengok tu,kan dia tengah main gaya basikal tu.(gaya basikal dimana
seseorang tu mengayuhkan kakinya di dalam air)
`Yela’.sambil menepukkan telapak tangan di dahi saya
pun rasa serba salah.Saya ingin meminta maaf kepada pakcik tersebut.Tetapi
melihat misainya yang bersimpuh 69 tu.Saya melupakan hajat saya itu dan beredar
balik ke bilik.
Dah Tu, Apa Pengajaran dan Moral Cerita Ni?
Dalam hidup, kita seringkali menanam
persepsi atau tanggapan negatif dalam
melakukan apa jua tugas lebih lebih lagi, dalam membuat keputusan. Bila
berdepan dengan persepsi negatif ini, kita seringkali memujuk diri untuk
mempercayainya tanpa berfikir panjang sehinggakan
kita takut untuk mengambil risiko dalam
hidup.
So,berfikir dahulu sebelum bertindak
ok.
Salam.

haha. kalau aku pun fikir macam kau kot. :P
ReplyDeletehehehe..betol tu..XD
DeleteLawaaaaak aku baceee.nice onee.
ReplyDelete