Thursday, 16 February 2012

Jodoh.

As salam kepada semua pembaca.

           Kamu semua mesti tertanya-tanyakan.jodoh tu ape?.adakah saya ni sudah cukup besar untuk bercerita tentang jodoh?.siapakah jodoh kamu?ada juga yang berpendapat. eww,jodoh?..leklu bro,sok-sok la pkir pasal jodoh,kita enjoy dulu.Tak juga yang begini.'kau ni dah kenapa?dah gatal sangat dah pikir pasal jodoh'.ada jugak yang berpendapat 'ala,jodoh Allah punya kerjalah,kau tak yah nak sebok-sebok'.ade tu yang memilih jodoh 'aku rase jodoh aku lisa surihani la'.itulah dia JODOH.

kita jodoh


         Saya ni bukan ape,semenjak tamat zaman persekolahan ni.saya lihat rakan-rakan perempuan terutamanya yang sebaya dengan saya asyik dan leka berbual tentang perkahwinan di usia yang muda.ya saya tahu mungkin mereka-mereka semua ni tiada aktiviti-aktiviti berfaedah lain yang patut dibuat,lantas memikirkan pasal jodoh.adakah kita sudah bersedia untuk berfikir tentang jodoh?

       setelah berbincang di meja bulat bersama rakan-rakan yang lain.kami berpendapat.

Jodoh adalah sebahagian dari Qadak dan Qadar dan ia adalah satu usaha.oke,saya tahu mesti ramai diantara kamu berfikir jodoh ni bila masanya sampai la..tak payah cari pon takpe.

      tahukah kamu.kita perlu berusaha untuk mencari jodoh kita.jodoh ni tak datang bergolek.
kamu fikir jodoh kamu ni bole datang kalau kamu asyik duk terperap dalam bilik dengan online bersahaja.mungkin kamu semua berfikir 'alaa,aku tengah cari jodoh dalam mukabuku la ni'.tapi adakah cara itu betol?

      haish,saya ni kadang-kadang ade juga TERsengeh sorang-sorang apabila berbincang tentang jodoh ni.Mesti kamu pernah beranggapan 'erm,agak-agaknye jodoh aku sedang buat ape sekarang ni?.makan?tidur?online?.Mungkin juga jodoh kamu merupkan sahabat baik kamu.mungkin juga teman sepermainan semasa main kawin-kawin di usia kecil.mungkin juga rakan sekerja kamu.mungkin juga rakan sekelas kamu semasa di sekolah menengah.

      ' Jodoh itu rahsia Allah'.cuba kamu fikirkan jika jodoh itu kamu sudah ketahui awal dan ia bukan lagi rahsia.misalnya begini.

       'polan kamu akan dijodohkan dengan...jeng jeng jeng..SEORANG ANAK DATUK YANG KAYA RAYA.

       reaksi saya,sudah tentu saya akan biarkan diri saya untuk terlena dibuai mimpi dengan online,makan,tidur dan bangun apabila perlu sahaja setiap hari dari sekarang kerana saya akan dijodohkan dengan wanita yang kaya raya.

       contoh yang lain.

       'polan kamu akan dijodohkan dengan..jeng jeng jeng..seorang wanita kampung yang miskin..

       reaksi saya,apabila saya dapat tahu jodoh saya sedimikan rupa,sudah tentu saya rela untuk berjihad untuk negara-negara islam yang sedang bergolak seperti iraq dan syiria.dapat mati syahid.

    begitulah dia,antara gambaran-gambaran jika jodoh bukan lagi rahsia.Jodoh itu rahsia dan tugas kita untuk berusaha mencarinya.Maksud saya bukanlah sampai membuat sepanduk bertulis "SAYA SEDANG MENCARI JODOH".Maksud saya ialah,persiapkan diri kita dengan Iman,Akhlak dan budi pekerti yang baik.penuhkan diri dengan ilmu,iman dan islam.Jangan risau,apabila sudah tiba masanya.Allah akan memberi jalan kepada kita dalam mencari jodoh.Selalulah melakukan solat sunat istikharah agar dberi pilihan jodoh yang baik-baik.Amin.
                                     
:)

sekian sahaja.salam :)
                                             




2 comments:

  1. yeah, jodoh. suka baca. wahaha

    "mungkin juga rakan sekelas kamu semasa di sekolah menengah"

    :P

    ReplyDelete