Friday, 3 August 2012

HAKIKAT BAHAGIA.

As Salam Ya Ikhwan and Akhwat.




Bahagia itu dari dalam diri,
Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai permata di dasar hati,
Bahagia itu ada pada hati,
Bertakhta di kerajaan diri,
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani.


-sesungguhhnya hidup ini penuh dengan cabaran.cabaran mematangkan diri.Apakah erti hidup tanpa cabaran dan dugaan?.Hidup kita setiap hari di muka bumi ciptaan Allah ini pasti tidak ceria jika tanpa cabaran dan dugaan.Pergilah ke mana-mana sahaja,larilah hingga ke hujung dunia sekalipun ada saja cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi.Terpulanglah kepada setiap individu tersebut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.Bagi mereka yang berjiwa kental dan keteguhan iman yang kuat sahaja,walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya,pasti dia terus akan mengharunginya.
                                    


Bahagia itu ada di jiwa,
Mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu adalah satu  ketenangan,


keep smiles,while you can!



Bila susah tiada gelisah, 
Bila miskin syukur pada Tuhan,
Bila sakit tiada resah di jiwa, 
Bukankah Tuhan telah berfirman,
Ketahuilah dengan mengingati Allah,
Jiwa kan menjadi tenang.



                              

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?
Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.


-Jadi,kepada saudara saudari diluar sana.INGATLAH DARI MANA KITA DATANG?.APA TUJUAN KITA HIDUP?.KEMANA KITA AKAN DIKEMBALIKAN?.Dengan izin Allah kamu semua dapat kebahagiaan di Dunia dan Akhirat seperti mana yang kamu inginkan.Amin.



Wasalam.:D
                                           




Thursday, 16 February 2012

Jodoh.

As salam kepada semua pembaca.

           Kamu semua mesti tertanya-tanyakan.jodoh tu ape?.adakah saya ni sudah cukup besar untuk bercerita tentang jodoh?.siapakah jodoh kamu?ada juga yang berpendapat. eww,jodoh?..leklu bro,sok-sok la pkir pasal jodoh,kita enjoy dulu.Tak juga yang begini.'kau ni dah kenapa?dah gatal sangat dah pikir pasal jodoh'.ada jugak yang berpendapat 'ala,jodoh Allah punya kerjalah,kau tak yah nak sebok-sebok'.ade tu yang memilih jodoh 'aku rase jodoh aku lisa surihani la'.itulah dia JODOH.

kita jodoh


         Saya ni bukan ape,semenjak tamat zaman persekolahan ni.saya lihat rakan-rakan perempuan terutamanya yang sebaya dengan saya asyik dan leka berbual tentang perkahwinan di usia yang muda.ya saya tahu mungkin mereka-mereka semua ni tiada aktiviti-aktiviti berfaedah lain yang patut dibuat,lantas memikirkan pasal jodoh.adakah kita sudah bersedia untuk berfikir tentang jodoh?

       setelah berbincang di meja bulat bersama rakan-rakan yang lain.kami berpendapat.

Jodoh adalah sebahagian dari Qadak dan Qadar dan ia adalah satu usaha.oke,saya tahu mesti ramai diantara kamu berfikir jodoh ni bila masanya sampai la..tak payah cari pon takpe.

      tahukah kamu.kita perlu berusaha untuk mencari jodoh kita.jodoh ni tak datang bergolek.
kamu fikir jodoh kamu ni bole datang kalau kamu asyik duk terperap dalam bilik dengan online bersahaja.mungkin kamu semua berfikir 'alaa,aku tengah cari jodoh dalam mukabuku la ni'.tapi adakah cara itu betol?

      haish,saya ni kadang-kadang ade juga TERsengeh sorang-sorang apabila berbincang tentang jodoh ni.Mesti kamu pernah beranggapan 'erm,agak-agaknye jodoh aku sedang buat ape sekarang ni?.makan?tidur?online?.Mungkin juga jodoh kamu merupkan sahabat baik kamu.mungkin juga teman sepermainan semasa main kawin-kawin di usia kecil.mungkin juga rakan sekerja kamu.mungkin juga rakan sekelas kamu semasa di sekolah menengah.

      ' Jodoh itu rahsia Allah'.cuba kamu fikirkan jika jodoh itu kamu sudah ketahui awal dan ia bukan lagi rahsia.misalnya begini.

       'polan kamu akan dijodohkan dengan...jeng jeng jeng..SEORANG ANAK DATUK YANG KAYA RAYA.

       reaksi saya,sudah tentu saya akan biarkan diri saya untuk terlena dibuai mimpi dengan online,makan,tidur dan bangun apabila perlu sahaja setiap hari dari sekarang kerana saya akan dijodohkan dengan wanita yang kaya raya.

       contoh yang lain.

       'polan kamu akan dijodohkan dengan..jeng jeng jeng..seorang wanita kampung yang miskin..

       reaksi saya,apabila saya dapat tahu jodoh saya sedimikan rupa,sudah tentu saya rela untuk berjihad untuk negara-negara islam yang sedang bergolak seperti iraq dan syiria.dapat mati syahid.

    begitulah dia,antara gambaran-gambaran jika jodoh bukan lagi rahsia.Jodoh itu rahsia dan tugas kita untuk berusaha mencarinya.Maksud saya bukanlah sampai membuat sepanduk bertulis "SAYA SEDANG MENCARI JODOH".Maksud saya ialah,persiapkan diri kita dengan Iman,Akhlak dan budi pekerti yang baik.penuhkan diri dengan ilmu,iman dan islam.Jangan risau,apabila sudah tiba masanya.Allah akan memberi jalan kepada kita dalam mencari jodoh.Selalulah melakukan solat sunat istikharah agar dberi pilihan jodoh yang baik-baik.Amin.
                                     
:)

sekian sahaja.salam :)
                                             




Monday, 30 January 2012

Andai Ku Tahu.

Salam kepada semua pembaca.

                  Maut dan jodoh di tangan Allah betul.Yup,betul tak salah lagi.so,kalau kamu semua tahu yang kamu akan mati esok.Apa perkara-perkara yang akan kamu buat pada hari ini.?


                 sembahyang sunat banyak-banyak atau minta maaf kepada orang ramai atau kahwin sekali empat atau keluarkan semua duit dari simpanan anda dan sedekahkan kepada sesiapa sahaja atau peluk dan cium kedua-dua orang tua anda atau main bola puas-puas dengan rakan atau luahkan segala isi hati dan perasaan anda kepada orang yang anda cintai seperti 'I LOVE YOU' misalnya atau duduk termenung sendirian memikirkan hari-hari yang mendatang atau pergi booking flight untuk menjelajah eropah atau pergi ke suatu tempat dan menjerit 'ARRRRRRRR' atau menolong mak basuh baju di rumah atau cakap kat ayah 'yah oh yah nati balik keje jangan lupe belikan menan eh' atau  pergi ke rumah nenek dan atuk dan menjaga ayam mereka buat kali terakhir atau bawa motor laju-laju atau lawan game bola dekat netbook dengan adik-adik buat kali terakhir atau berdoa kepada Allah 'Ya Allah andai ku tahu ajalku pada esok hari berikan segala hidayah dan petunjukMu kepadaku'.ANDAI KU TAHU.


                                  

                tadi,semasa jalan-jalan kat melaka aku berjumpa seoarang kawan aku.Bagi menyambut semula pertemuan yang telah lama terpisah,aku belanja dia minum kat sebuah warung kat situ.

               dalam tengah gelak-gelak sambil borak-borak gitu tiba-tiba dia cakap kat aku 'kalaulah arwah haziq ade lagi,hidup ini takkan jadi sesunyi ini'

HAZIQ.salah seorang rakan aku yang maut dalam kemalagan jalan raya pada tahun 2011.aku ingat lagi dia bawak motor ex5 warna hitam.selalu buat masalah.happening.dan yang penting dia tak pernah tahu pun yang dia akan mati pada haritu.......Al-Fatihah.

              so,kepada kita yang masih ada peluang untuk hidup lagi ni.kalau kamu semua tahu yang kamu-kamu ni akan mati esok.apa kata kamu habiskan lagi 24 jam tu dengan perkara-perkara ukhrawi,yang penting berdoa banyak-banyak.aku pernah dengar,CARILAH HARTA SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI DAN BERIBADATLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI PADA ESOK HARI.lebih kurang gitulah dia.kalau salah tolong betulkan.

ini bunga.bunga itu cantik sekali.


             mesti kamu semua pernah terfikir.'ape akan jadi erk kalau aku mati pada esok hari?'.Adeke dunia ni kisah agaknya?adeke mak,ayah,acik,adik,kaklong,tokcet,neknde,opah,sedih?.

             jadi,konklusinya life is too short untuk membenci orang.life is too short  untuk berpakwe and makwe.life is too short untuk bekerja and life is too short to disobey Allah.

             semua yang hidup pasti akan mati.jadikan kisah kawan aku tu sebagai iktibar.jangan memandu laju-laju.ingatah orang yang tersayang-pesanan khas dari sebiji lemon segar.

salam.:)

             

             



             

Friday, 27 January 2012

Hanya Sekali.


Salam kepada semua pembaca.      

Hanya sekali sahaja kita hidup.sekali sahaja melalui zaman REMAJA.sekali sahaja melalui zaman dewasa.zaman tua.Dan hanya sekali sahaja kita mati.

HANYA ZAMAN PERSEKOLAHAN SAHAJA YANG MENGAJAR KITA ERTI SAHABAT DAN REMAJA....
        DAN BILA ZAMAN ITU BERLALU NESCAYA AI TAK AKAN KEMBALI LAGI...
        MASA INI JUA KITA MEMBAWA HALUAN MASING2... 
        MUNGKIN SUKAR UNTUK KITA SEMUA BERSATU KEMBALI DALAM SATU TEMPAT SEKECIL SATU BILIK DARJAH..
        BELAJAR,BERGURAU,KENAKAN CIKGU,KE KANTIN,KE TANDAS BERSAMA..
        TERBUKTI ZAMAN PELAJAR ADALAH ZAMAN REMAJA YANG SUKAR DI LUPAKAN..
        MUNGKIN SUATU HARI NANTI KITA AKAN MENANGIS KERANA RINDUKAN ZAMAN PELAJAR YANG SANGAT INDAH...
                DON'T FORGET OUR FRENDSHIP AND FRIEND FOR EVER..
    LOVE YOU FRIEND...

            Baru berapa bulan kita meninggalkan zaman persekolahan.Mustahil bagi kita untuk melupakan segala kenangan.It was full of laughters,jokes,tears,effort,teamwork.KAWAN.Segalanya bermula dengan kawan.Yang menceriakan hari-hari kita.Yang memberi segala kenangan.

            Bukan apa.Macam biasa aku masuk kerja pukul 7 pagi.Standard budak sekolah pergi sekolah la kan.Masa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja,bila tengok je budak-budak sekolah pergi sekolah,teringat balik.Oh,dulu aku macam ni la eh.Bawak beg besar-besar.Rambut sikat tepi.

             Dulu masa di tingkatan satu sampai tiga aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said.Tingkatan empat dan lima di SBPI Selandar.



time dapat result pmr amik kat atas pentas tu
aku ketiga dari kiri


tapi kenangan yang terindah semasa Di Bumi Bertuah Selandar.



AMIN!!
thank you apip.
kami di dorm 20


dari kiri:aqram,pipi,cep(aku),sopi,acha,chucky,teb,kecik
selepas paper biology



:').Walaupun zaman ni da berakhir.Ia akan berterusan di ingatan.


*tak sabar rasanya nak cerita kat cucu cicit nanti*
'dulu atok masa zaman sekolah dulu tak do do lalak-lalak nangeh nak balik umah'

Hargai zaman persekolahan anda kerana ia SEKALI
  
Our Friendship Are/Is FOREVER.

salam.



Sunday, 22 January 2012

Buih oh Buih

Salam kepada semua pembaca.

Buih?.Apa itu buih?.Buih ialah adalah Koloid dengan fase terdisperasi gas dan medium pendisperasi zat cair atau zat padat.Berdasarkan medium penisperasinya, buih dikelompokkan menjadi dua iaitu buih cair dan buih padat.

buih oh buih
Ayuh saya ceritakan pengalaman saya bersama buih.Saya dan keluarga pergi bercuti ke Tiara Beach Resolt.Ketika sedang mandi manda di sebuah kolam bersama adik-adik saya sambil mencuci mata melihat pelbagai aksi masyarakat sekeliling.Ada yang mandi sambil berpelukan di khalayak ramai,ada yang cuba-cuba belajar berenang,ada yang cuba menarik perhatian dengan berbikini sahaja,menyebabkan mata-mata ini seolah-olah dipukau dek melihat keindahan ciptaan Allah itu.

Selepas puas mandi manda,saya berehat sebentar di tebing kolam sambil mengenakan kitkat,apa orang kata,berehat sebentar bersama kitkat ah gitu.Sambil itu saya perhatikan ada seorang pakcik ni,dalam lingkungan 40 an tercegat lama di dalam kolam,tanpa melakukan pergerakan.Ialah biasanya apabila berada di dalam kolam,kita akan cuba pelbagai aksi.Tetapi pakcik ini,betul-betul mencurigakan.Tiba-tiba saya sedari ada banyak buih timbul di sekelilingnya.Saya betul-betul terkejut,pelbagai tanggapan yang bermain di minda saya.

Saya cuba untuk berfikiran positif dengan mempraktikan ilmu yang telah saya pelajari semasa di tingkatan lima,segala principle dan law seperti Boys law dan Archimedes principle, saya berandaian barangkali ada tekanan udara di dalam air yang menyebabkan begitu banyak buih muncul disekeliling pakcik itu.Tapi itu semua macam tidak masuk akal.Ok la,kalau kamu la,saya tanya kamu.Ape yang kamu andaikan?.Tidak lain dan tidak bukan mesti kamu andaikan yang pakcik itu barangkali terkincit atau membuang air kecil atau yang lain-lain.Begitu juga saya,saya andaikan yang pakcik itu terkincit.Lantas dengan itu saya memanggil adik saya.

“jan,cuba kau tengok pakcik tu.yang ada pulau kat kepala dia tu.

“ha,kenapa?.

“cube kau tengok betul-betul kat sekeliling dia,ada banyak buih kan.Mesti pakcik tu kincit tu 
tak pun kencing tu.Apela pakcik tu,tandas punyala dekat boleh pulak dia melepas kat sini

Seperti yang saya jangkakan,maka keluarlah bunyi jijik seperti  `euuuwww’ dan `uuwwweeeekkk’ dari mulut adik saya.

Saya dengan perasaan tidak puas hati meninggalkan kolam tersebut sambil mulut berzikirkan subhanallah.subhanallah.subhanallah.

Tiba-tiba adik saya memanggil saya kembali.

`bang,cube kau tengok betul-betul dulu,jangan main tuduh je.kau tengok tu,kan dia tengah main gaya basikal tu.(gaya basikal dimana seseorang tu mengayuhkan kakinya di dalam air)

`Yela’.sambil menepukkan telapak tangan di dahi saya pun rasa serba salah.Saya ingin meminta maaf kepada pakcik tersebut.Tetapi melihat misainya yang bersimpuh 69 tu.Saya melupakan hajat saya itu dan beredar balik ke bilik.

Dah Tu, Apa Pengajaran dan Moral Cerita Ni?

Dalam hidup, kita seringkali menanam persepsi atau tanggapan negatif dalam melakukan apa jua tugas lebih lebih lagi, dalam membuat keputusan. Bila berdepan dengan persepsi negatif ini, kita seringkali memujuk diri untuk mempercayainya tanpa berfikir panjang sehinggakan kita takut untuk mengambil risiko dalam hidup.

So,berfikir dahulu sebelum bertindak ok.

Salam.







Thursday, 19 January 2012

Dunia Baru



Salam hormat buat semua pembaca. 

Alahai, macam lah ada pembaca ye tak? Alah macam tak biasa bercakap dengan dinding. Ok, Setelah banyak feedback yang saya dapat, menyarankan saya mula menulis blog, maka saya pun bercadang (semalam bercadang, hari ni dah buat) untuk buka satu blog yang tak seberapa.

Dalam blog ini, saya akan menulis serba serbi berkaitan idea, pendapat, pandangan, pengalaman, dan juga hasil kerja saya. Minta maaf lah ya kalau blog saya ni kosong, tak meriah dengan imej imej liplap dan lagu yang mendayu dayu. Saya ni dungu sikit.

Saya ni menulis bukan pandai mana pun, dulu zaman sekolah ada juga berangan nak jadi wartawan, tapi masa interview di akhbar Harian Metro itu hari, depa reject. Depa kata IQ saya melebihi piawaian dia orang, iaitu 33, bersamaan dengan IQ ikan Dolfin. Nak buat macam mana kan. Tulis saja lah dalam blog. 

Saya tak dapat nak janjikan apa apa buat semua yang membaca, ilmu dan manfaat tu akan datang sekali sekala tanpa kita sedari ibarat jagung dan biji cili yang terapung dalam kincit.

Semoga kalian terhibur, dan mendapat manfaat dari apa yang saya kongsi kan kelak. 
                                              

Wednesday, 18 January 2012

just ordinary boy

salam.

hey to all of you..i am newcomer to the blogger..silala beri tunjuk ajar..:)